Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami.. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu..

Bab Apa Yg Diharuskan Drp Mengumpat
Tuesday, 09 May 2006
Menurut kitab ‘Nuzhatul Muttaqin’ syarah kepada kitab hadis yang masyhur ‘Riyadhus Sholihin’ mengenai siapa yang diharuskan mengumpat, pada asalnya mengumpat adalah haram akan tetapi diharuskan dalam keadaan keadaan tertentu. Dinyatakan oleh beliau diharuskan kepada enam golongan iaitu:

1. Mengadu kezaliman: Diharuskan kepada orang yang dizalimi mengadu kezaliman kepada qadi atau seumpamanya iaitu orang yang mempunyai kekuatan untuk menangani kes tersebut. Contohnya mengadu kepada hakim bahawa dia telah dizalimi oleh polan bin polan.

2. Meminta pertolongan untuk mencegah kemungkaran: Mengadu kepada orang yang mampu untuk mencegah kemungkaran tersebut.contohnya mengadu kepada bapa atau keluarga pelaku maksiat agar keluarganya dapat menasihati serta mencecahnya dari terus melakukannya.

Read more...
Perkara-perkara Yg Membatalkan Iman (I)
Monday, 08 May 2006

1. Syirik kepada Allah swt. Sebagaimana di dalam firman Allah swt:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar." - [An-Nisaa': 48].

"Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim." [Al-Maaidah : 72].

Read more...
Khadijah binti Khuwailid radhiallahu 'anha
Monday, 08 May 2006
"DEMI Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada beliau, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan daripadanyalah aku mendapatkan keturunan."

Begitulah Rasulullah bersabda mengenai keperibadian Khadijah, isterinya. Seorang isteri sejati, Muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam.

Khadijah tumbuh dalam lingkungan keluarga yang terhormat sehingga mendapat tempaan akhlak yang mulia, sifat yang tegas, penalaran yang tinggi dan mampu menghindari hal-hal yang tidak terpuji, sehingga kaumnya pada masa jahiliyyah menyebutnya dengan gelaran at-Thahirah (wanita yang suci). Beliau juga mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang cerdas.

Read more...
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 Next > End >>

Results 31 - 33 of 33
Menu Utama
Home
Blog
Artikel
Boikot Israel
Links
Carian
Hubungi Saya
Personal
Digital Library
Lin's Multiply
Campaign
Bantah IFC
Boikot Israel
Membela Islam
Muslim Aid
MyIslam (PEMBELA)
Shoutbox
Daftar Masuk

Jika bermasalah utk login atau register, sila login/register melalui link ini: Alternatif

Username

Password

Remember me
Forgotten your password?
No account yet? Create one
Favourites
Al-Ahkam
Al-Firdaus
Al-Islam
Al-Nidaa'
Al-Qayyim
Al-Quran Online
Al-Wahidah
Darul Kautsar
E-Fatwa JAKIM
E-Hadith Info
IPAQ
Islam Basics
Islam Online
KDI
Saiful Islam
Syariah Online
Syndicate
CO.NR


Free Mambo hosting powered by TheMamboSite.com