Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami.. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu..

Filem Evan Almighty menghina Islam Print E-mail
Saturday, 14 July 2007
Baru-baru ini pihak PPIM telah pun meminta kerajaan mengharamkan penyiaran filem Evan Almighty di Malaysia, atas alasan menghina dan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Saya menyokong penuh saranan PPIM untuk mengharamkan filem ini atas alasan:

1. Penyelewengan dalam Tauhid Asma' wa Sifat (nama dan sifat)

Dalam filem ini Tuhan digambarkan dalam bentuk seorang manusia. Hatta menggambarkan wajah para Nabi pun jelas bertentangan dengan syariat Islam, inikan pula membayangkan Tuhan dalam bentuk seorang manusia. Sudah tentulah ia satu bentuk penyelewengan aqidah yang jelas kerana menyanggahi Tauhid Asma' wa Sifat. Ingatlah firman Allah yang bermaksud:

"Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan-Nya (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya serta pentadbiran-Nya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."  (as-Syura: 11)

Seharusnya nama dan sifat-sifat Allah ditetapkan sesuai dengan apa yang telah Dia tetapkan bagi diri-Nya melalui al-Kitab dan lisan Rasulullah SAW, tanpa sebarang penambahan atau pengurangan, apatah lagi melalui imaginasi manusia.

2. Penghinaan terhadap Islam dan agama-agama samawi

Dalam filem Evan Almighty, bukan saja Tuhan digambarkan dalam bentuk manusia, bahkan ia menjadikan kisah banjir besar dan bahtera Nabi Nuh (kisah yg diilhamkan untuk pembikinan filem ini) sebagai bahan komedi dan tertawaan para penonton. Alasan-alasan seperti kreativiti dalam berkarya, keterbukaan dalam pemikiran serta semata-mata untuk tujuan hiburan langsung tidak relevan untuk dijadikan hujah bagi meluluskan penyiaran filem ini di pawagam.

Islam sama sekali tidak menghalang umatnya untuk menjadi kreatif, berfikiran terbuka serta berhibur untuk menenangkan fikiran. Namun, setiap yang dibenarkan dalam Islam ada batas-batasnya agar manusia tidak terbabas dari landasan yang sebenar. Kita tidak seharusnya bertolak ansur dalam hal-hal yang membabitkan penyelewengan aqidah serta penghinaan terhadap agama. Firman Allah, maksudnya:

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasiq." (al-Hasyr: 19)

Segelintir golongan krisitian di Amerika turut membuat bantahan terhadap Evan Almighty; mereka melihat filem ini sebagai "blasphemous" serta "offensive". Apakah kita yg beragama Islam tidak berasa malu, sensitif, diperlekeh serta terhina?

Sebelum ini umat Islam di serata dunia telah pun bangkit menyuarakan kemarahan mereka tatkala penyiaran lukisan karikatur Rasulullah SAW oleh sebuah akhbar di Denmark kerana dianggap satu penghinaan terhadap Islam. Bahkan Malaysia juga pernah mengharamkan filem animasi The Prince of Egypt atas alasan yg sama, serta untuk menjaga sensitiviti kaum di negara kita.

Itu baru saja menggambarkan wajah para Rasul dalam bentuk karikatur dan animasi. Bagaimana pula apabila Tuhan (Allah) digambarkan dalam bentuk manusia?

Jika selepas ini ada yang memberikan alasan seandainya filem ini diharamkan di pawagam sekali pun, masih ada yang berupaya memuat turun melalui internet. Saya katakan, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk menghalang serta menyatakan bantahan kita secara terbuka dengan mengharamkan penayangan filem ini di negara kita. Bukankah itu lebih baik daripada berdiam diri dan langsung tidak mengambil apa-apa tindakan, seolah-olah kita menyokong filem ini dalam diam?

Terdapat sebuah kisah Israelliyat yang menceritakan sewaktu Nabi Ibrahim AS dicampakkan oleh rajanya ke dalam api, ada seekor burung kecil yang berulang alik membawa air dan mencurahkannya ke arah api yang sedang marak menyala itu. Seekor haiwan lain bertanya kepada burung tersebut, mengapa ia tetap mencurahkan air pada api yang marak menyala, sedangkan ia adalah perkara yang sia-sia? Jawab burung tersebut, "Sekurang-kurangnya aku telah berusaha untuk menolong Baginda. Kelak Allah tidak akan menanyakan apakah hasil daripada usaha (da'wah) ku, tetapi Dia akan menanyakan apakah yang telah aku lakukan untuk menolong agama-Nya."

Walaupun ini adalah kisah Israelliyat yang tidak dapat dipastikan keshahihannya, namun dapat kita ambil pengajaran drp kisah ini, bahawa setiap usaha janganlah diremehkan walaupun kelihatan kecil. Lebih baik melakukan suatu usaha yang kecil, daripada diam tanpa berbuat apa-apa.

Malaysia sebagai sebuah negara umat Islam, pengerusi OIC perlulah bertindak selaras dengan apa yang telah diwarwarkan, apatah lagi apabila barisan pemimpin kita sering saja melaungkan slogan Islam Hadhari. Islam kita bukan hanya pada slogan, tetapi perlu dibuktikan pada setiap tindakan yang diambil.

Akhirul kalam, hayatilah firman Allah yang maksudnya:

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan-jawabnya."  (al-Israa': 36)
Menu Utama
Home
Blog
Artikel
Boikot Israel
Links
Carian
Hubungi Saya
Personal
Digital Library
Lin's Multiply
Campaign
Bantah IFC
Boikot Israel
Membela Islam
Muslim Aid
MyIslam (PEMBELA)
Shoutbox
Daftar Masuk

Jika bermasalah utk login atau register, sila login/register melalui link ini: Alternatif

Username

Password

Remember me
Forgotten your password?
No account yet? Create one
Favourites
Al-Ahkam
Al-Firdaus
Al-Islam
Al-Nidaa'
Al-Qayyim
Al-Quran Online
Al-Wahidah
Darul Kautsar
E-Fatwa JAKIM
E-Hadith Info
IPAQ
Islam Basics
Islam Online
KDI
Saiful Islam
Syariah Online
Syndicate
CO.NR


Free Mambo hosting powered by TheMamboSite.com